Purple-licious
Bonjour !



Hola and Assalamualaikum there.
I'm a Muslim and proudly born as MUSLIM :). I'm not popular, but I have nice friends. I'm not rich, but I have what I need. I may not be liked, but I know I'm loved. This is my blog, thanks for entering and stalking my blog. Well'uh don't doubt it! You're reading now. HAHA =D Currently I am a Mustache Fans xD. Feel free? NO? Yes? Follow me, and I LOVE YOU! Darr n_n

Navigations

Follow me? Stories The Narrator Bloggies

Memories


Credits

PLEASE DO NOT REMOVE THE CREDITS
Skin by Cikin
Cute header byKemetot Chomel
Blog owner: elhaziqah
Blessed Life.
Wednesday, April 20 | 10:57 AM | 0 comments
Assalamualaikum / Hallo evelibadi.
*ceh macam ade orang baca* hahahaha.

So harini 20/04/2016. Genap 6bulan 10 hari i ols menjadi isturi orang. kikiki.
Alhamdulillah, hidup lebih lengkap bila berkahwin. :)


Pada sapa yg xmo kahwin tu, Rugi. hihi.Okay2.
And nasihat2 sy pada yang nak kawen. Buat & Beli yang mampu je.
Mcm barang hantaran, Yes sy tahu, Semua orang nk beli barang mahal2. Tapi revise balik tujuan kite beli barang mahal2 tu?

Adakah kita nak tunjuk pada orang yg 'laki aku mampu nak beli ni' atau sbb kita rasa 'ala takpela seumur hidup sekali..

Kalau seumur hidup sekali bermakna, Dalam sepanjang kau berkahwin dengan suami kau. Adakah itu je sekali die akan beli handbag mahal ke kite?? hmmm. Think it back my dear.

Kita ni nak kahwin atau buat majlis mmg seumur hidup sekali. Dan orang akan ingat, time tu je dik. dan yang orang2 tu ingat tu, Dia akan ingat benda2 yang tak menjadi je. Yang elok sume masuk dalam memori yang xkekal. hihi..

Well. tipu la kalau aku takde perasaan cm korang. Nak beli barang mahal2 nak itu nak ini. Tapi banyak encik somi yang ingat kan. Nasib baik aku dengar cakap die. Sungguh nya betul kot. Aku nikah jam 9pagi habis dalam kul 9.45am camtu. Lepas tu barang2 hantaran semua lesap hantar balik umah. Bukan ada sapa nak tengok pon. HAHAHA. Nasib beli barang standard jeewww. hihi.

Sekali lagi, Alhamdulillah. I ols pun dah disahkan pregnant. hehe sekarang ni 22weeks (appx 5bulan)
Dapat tau masa 14/12/2015. Hehe. Period tak lambat pun, tapi rasa perubahan dalam diri. kikiki. Gedik kann kite ols? hehe.

Walaupun kami dah berkahwin. Tapi encik somi still kat Hosp Sultanah Aminah Johor Bahru. Kita kat putrajaya lagi T__T wuuuuu.. berjauhan. sedih.

Tapi best sebenaqnya, bukan sbb apa. Bila sesekali die balik. Kita jadi rindu, dan lebih luang masa ngan die. Hehehe. So selepas berbincang dengan Ahli lembaga pengarah. Kiteols decide, i ols akan pindah JB. Soon, inshaAllah. Amin.... :)

Sejak2 peknen ni. Baju pregnant kita beli kat scarlet plus je, kat jusco je. Lebih berbaloi. Plan nk beli kat mothercare / modernmum je. Tapi regeeee dieeee. OMG. Macam kaweng ngan perdana menteri. hahahaha. Lagi pun nak pakai time peknen je kannn. hehe.

Ada orang time peknen, rajin bejalan. Aku ni, rajen. Rajen dduk umah. Malas nk jalan. Nanti nak jalan nak wheelchair la ape la. HAHAHA. Sakit kaki lahh..

Okay lah. Meh lanje sikit gambar2 peknen. Ramai tego, muke kite berseri masa peknen. Orang kata seri pregnant. Tapi ada 1lagi sebab kenapa muke gebu gebas giteww, hehehe. Nanti next entry kita post :)



xoxo,
Elhaziqah




Jururawat (",)
Sunday, October 16 | 4:40 PM | 0 comments
Pernahkah anda terfikir untuk menjadi jururawat?
Marilah kita luangkan masa sedikit untuk menjadi seorang jururawat.

Amat mudah.

Pertama sekali, sekiranya anda sudah berumah tangga dan mempunyai seorang cahaya mata yang baru dilahirkan, cuba anda bertanya kepada si ibu atau si ayah, sama ada susah atau senang untuk menukar lampin anak pada setiap hari tidak kira siang dan malam.

Kedua, andai kita masih mempunyai kedua-dua ibu bapa, tanyalah pada diri anda andai mereka lumpuh dan tidak berdaya untuk melakukan kerja, di manakah anda pada waktu itu dan apakah yang akan anda lakukan? Bagaimana anda akan melaksanakan tanggungjawab anda sebagai seorang anak? Mudahkah kita menjaga seseorang yang lumpuh?

Ketiga, anda seorang lelaki yang gagah perkasa, namun berapa ramai yang gagah bila melihat darah, berapa ramai lelaki di luar sana yang bersedia melihat mayat setiap hari?

Beranikah anda sebagai lelaki sejati merawat pesakit yang 90 peratus nyawa mereka berada di tangan anda. Andaikan pemergian mereka sudah ditakdirkan, namun anda dipersalahkan oleh ahli keluarga pesakit, bersediakah anda?

Lelaki sememangnya mahir menggunakan mesin, tapi adakah mudah merawat manusia, di antara mesin dan nyawa manusia, yang manakah lebih bernilai?

Senario di atas hanyalah 1/100 daripada tugas seorang jururawat.

Pernahkah anda terfikir betapa sukarnya bekerja sebagai jururawat?
Kerja 4 orang, jaga 40 orang dengan pelbagai ragam pesakit.
Doktor bagi arahan saja, yang buat kerja jururawat.
Kalau anda tidak percaya pergilah melawat.
Pesakit tahu buat aduan tapi tidak pandai berterima kasih.
Mereka menyelamatkan banyak nyawa, namun orang tidak peduli.

Jururawat bermasalah hanyalah seorang dua, tapi jangan dihukum 80,000 orang jururawat yang lain. Jururawat dikritik, namun tidak pernah dengar jururawat mengkritik.
Tiada waktu rehat diperuntukkan dalam waktu bekerja, namun mereka tetap bekerja sepanjang masa. Takut dikritik masyarakat kerana jururawat tidak buat kerja, sedangkan mereka hanya berehat sekejap saja.

Bekerja lebih masa adalah perkara biasa, kalau tidak percaya tengoklah kad perakam masa. Bukan semua dapat tuntut elaun kerja lebih masa, banyak alasan, banyak masalah birokrasi. Jururawat hanya tahu bekerja, tetapi mereka masih tidak peka hak mereka sendiri.

Orang kata kalau tidak tahan bekerja jururawat, berhenti saja.
Tapi orang lupa, jururawat manusia biasa, yang mempunyai hati dan jiwa, mempunyai anak-anak dan keluarga. Anak-anak di rumah juga perlu dirawat dan dijaga.

Kalau semua jururawat berhenti, bersediakah anda menjadi pengganti? Bolehkah hospital beroperasi? Tanyalah diri tanyalah dengan seikhlas hati.

Masyarakat takut penyakit berjangkit, tetapi jururawat sentiasa terdedah dengan pelbagai penyakit. Menjaga pesakit banyak tekanan, tapi ramai orang buat tak perasan. Kerja mereka sungguh luar biasa, tapi orang pandang biasa saja.

Jagalah kebajikan mereka, janganlah sampai mereka berhijrah ke luar negara mencari kerja, kelak kita tidak cukup pekerja. Jangan pandang sebelah mata bakti mereka, kerja mereka sungguh mulia. Mereka tidak pandai berkata-kata, cuma tahu bekerja. Mereka simpan di dalam hati, entah sampai bila boleh didengari. Kerja mereka sungguh mulia. Tiada jururawat hospital tidak akan berfungsi. 

Apakah kebajikan mereka sekarang ini sudah mencukupi? Hargailah jasa mereka.
Thanks pada org yg menghargai jururawat,
I'm proud to be one of NURSES out there =)